Terima, kasih
kerana mengajar aku erti rindu
membawa aku ke dasar lautan rindu
hampir-hampir aku lemas dalam rindu
akhirnya aku merasa apa itu rindu..
kini aku rindu..
Terima, kasih
kerana menambah gelora di dalam hati
gelora yang menghanyutkan
sisa-sisa mati
yang telah lama terdampar di pantai hati
kini tidak lagi mati..
Terima, kasih..
kerana mencambahkan
rasa yang tak pernah aku rasa
rasa ini mungkin telah engkau rasa
semoga apa yang engkau dan aku rasa
adalah satu rasa..
Kita sama-sama rasa
Terima, kasih...