Kasih ini,
telah ku hampar seluas-luasnya
subur mekar cinta kita
mewangi seluruh petala dunia
Sayang ini,
telah ku ukir menjadi mahligai
takkan runtuh dilanda badai
kerana cinta mencengkam merantai
rindu ini,
selamanya hanya padamu,
menjadi penghubung engkau dan aku
dari kalbu memaut ke kalbu